Monday, 18 June 2012

Mas Kahwin di Malaysia


As salam u allzz....

hai kawan2 semua.. hari ini cahaya-zulaikha nak cerita pasal mas kahwin kat korang. lagi2, pada siapa yang nak kahwin ni, mesti nak tau kan anggaran mas kahwin yang patut korang bagi pada bakal isteri korang. tapi ianya mestilah atas persetujuan dari pihak perempuan. bukan suka-suka pihak lelaki tau. tapi pada perempuan, jangan jadikan hak anda ini sebagai beban kepada lelaki. cukuplah bersesuaian dengan kemampuan pihak lelaki tersebut. okay kengkawan.. hehehe.. (pandai2 jer kan, macam dah kahwin je cahaya-zulaikha ni.)

sebelum cahaya-zulaikha bagitahu kawan2 berapa mas kahwin setiap negeri kat malaysia ni, cahaya-zulaikha nak terangkan dulu, apa itu mas kahwin. sabar tau.. baca satu2, penting tau!!!

Mas kahwin @ mahar ialah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya atas sebab perkahwinan. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka." (Surah An-Nissa' - Ayat 4)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi." (Riwayat Bukhari)

Wajib Mas kahwin:
1. Apabila mas kahwin itu telah ditetapkan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki, dan pihak lelaki bersetuju untuk menunaikan mas kahwin tersebut. sekiranya pihak lelaki tidak melunaskan mas kahwinnya, si isteri boleh menghalang si suami untuk menyetubuhinya sehingga selesainya mas kahwin yang telah dijanjikan. (ha' lelaki semua wajib tau bayar mas kahwin, nanti rugi u allz.. so langsaikan masa akad nikah lagi,.. yang senang korang.. hehehhe.. terasa gatal pulak.. hahahah)

2. disebabkan penentuan kadar yang tidak dipersetujui kedua belah pihak pengantin dan menyebabkan perbalahan. apabila kadi menetapkan nilai yang perlu dijadikan mas kahwin, pihak lelaki tidak boleh berhutang dan wajib ditunaikan terus selepas akad nikah. (kan cahaya-zulaikha dah bagitahu awal2 tadi, mas kahwin ni perlulah ada persetujuan kedua2 belah pihak, barulah senang kerja.. hehehe..)

okay2, tahu dah kawan2 tak sabar nak tahu nilai mas kahwinnya berapa,.. yer, cahaya-zulaikha bagitahu.. (geram ni.. huhuhu)


NEGERI
JANDA
ANAK DARA
JOHOR
RM 22.50
RM 22.50
MELAKA
RM 40
RM 40
NEGERI SEMBILAN
RM 24
RM 48
SELANGOR
RM 300
RM 300
KUALA LUMPUR
RM 40
RM 80
PERAK
RM 101
RM 101
PULAU PINANG
RM 24
RM 24
KEDAH
TIDAK DITETAPKAN
TIDAK DITETAPKAN
PERLIS
TIDAK DITETAPKAN
TIDAK DITETAPKAN
PAHANG
RM 22.50
RM 22.50
TERENGGANU
TIDAK DITETAPKAN
TIDAK DITETAPKAN
KELANTAN
TIDAK DITETAPKAN
TIDAK DITETAPKAN
SABAH
RM 80
RM 100
SARAWAK
RM 120
RM 120
LABUAN
RM 80
RM 80

itulah nilai2 nya.. untung lelaki kat johor dengan pahang,, murah cikit mas kahwinnya... huhhu.. cahaya-zulaikha pula tinggal di johor, asal di pahang.. nilainya sama.. (huahuahuahua, xpelah, nanti minta hantaran mahal cikit.. hehehhe.. jahatkan.. gurau jer..)
tapi bagi yang kat selangor tu, perempuan lah paling untung.. banyak tau RM 300 tu.. huhu... (nak pindah selangor lah.. heheheh) tapi tak silap cahaya-zulaikha masa ambil kursus kahwin kat selangor dulu, selangor tak boleh bagi hantaran berupa wang tunai, jika nak bagi juga ianya akan menjadi nilai mas kahwin, sebab tu ada mas kahwin sampai ribu2 tu.. sampai terbelit lah nak sebut masa akad nikah, yang siap ada sen2 lagikan.. hehehe...
tetapi macam mana pun, ikut kemampuan tau, jangan membebankan diri sendiri dan juga pasangan anda, yang nak hidup bersama pun korang juga, so berpada2 ok... 
ok itu ajer untuk arini,, still nantikan resepi CUPCAKES tau.. saja buat korang tunggu2.. hehehhe.. bye u alllzzz.....

Sunday, 17 June 2012

siti nurhaliza

as salam u allzz.. rindu gila nak berblog.. tak ada idea sangat nak tulis pun.. memandangkan tengah cuti semester lagi, so naklah merapu2 sikit.. hehehehe... padahal, minggu depan dah nak naik semester baru pun.. huhu.. kejapnya masa berlalu.. nak cuti lagi.. 
ok, cool down kawan2 ku semua.. janganlah terkejut sangat title entry cahaya-zulaikha kali ni.. (jangan nganga2, masuk lalat nanti,, huhuhu).. cahaya-zulaikha memang ngefan gila (berbahasa indon pulak.. huhu..) dengan siti nurhaliza ni, sampaikan orang kutuk2 dia, rasa macam nak cekik2 jer orang tu bagi koma.. tapi imagine je lah, nak buat betol2 tak berani.. (darah cikit dah nangis, nak cekik orang. *ada hati*. heheheh)
cahaya-zulaikha minat kat dia sejak cahaya-zulaikha darjah 1 lagi, umur 7tahun tau.. jangan tak percaya. tahun 1996, tak silap cahaya-zulaikha lagu cindai... hai, sejak tu falling in love dengan dia.. tapi tak beli lah kaset ker cd ker dvd ker, tak mampu.. takkan nak beli cetak rompak kot.. artis pujaan tu.. huhuh.. dengar kat radio dengan tengok kat tv jelah, tapi sekarang ada youtube. hehehe.. 
lagu dia yang cahaya-zulaikha suka gila:
- gelora asmara
- kau kekasihku
- seribu kemanisan
- bicara manis menghiris kalbu
- ish, banyak gilalah,, semua suka, semua hafal tau.. kalau masuk pertandingan lirik2 lagu siti nurhaliza, boleh juara tau.. (perasan gilakan.. naib juaralah.. taklah nampak over sangat.. hehehe) 
- ok the best thing yang nak bagitahu, cahaya-zulaikha sama tempat asal dengan dia tau kat pahang, tapi lain tempatlah.. (janji satu negeri, ada cahaya-zulaikha kisah..)
- kalau siti nurhaliza baca ni, bestnya, dapat jumpa dia sekali pun jadilah.. huhuu... seronok seronok seronok!!!
- ok, cahaya-zulaikha dah taknak mengarut lagi.. nanti cahaya-zulaikha nak post RESEPI CUPCAKE kat korang, tapi tunggu cahaya-zulaikha free ok.. tunggu!!!!!!!
- BYE, SAYANG SEMUA!! bye u allzzzz..... 

   

Thursday, 19 April 2012

Bacaan Doa Qunut


Assalamualaikum u allz,



tetibe disubuh hari yang indah ni tengah cahaya-zulaikha dok study investment analysis, cahaya-zulaikha teringin nak kongsikan Doa Qunut kat korang semua. yela, sememangnya kebanyakan semua solat, tapi kemungkinan ada yang tidak membaca Doa Qunut sewaktu solat Subuh. dan juga sejauh mana bacaan Qunut korang. takpe, cahaya-zulaikha akan share kan Doa Qunut versi Jawi dan Rumi kat korang. harap-harap lepas ni semua orang akan baca Doa ni semasa solat Subuh... Lagipun,  Malaysia mengikuti Mazhab Syafi'i. dan Menyuruh kita membaca Doa Qunut dalam solat Subuh. dan hukumnya adalah sunat ab'ad iaitu sunat yang dituntut, jika tertinggal disunatkan sujud sahwi. (buat dapat pahala lebih, xbuat xdapat apa-apa dan xberdosa, tapi lagi elok buat kan, free2 jer dapat pahala lebih waktu subuh.. hehehe)

DOA QUNUT - JAWI


DOA QUNUT - RUMI



ok u allz, renung-renungkan dan selamat beramal!!! hehehe
    




Friday, 13 April 2012

kahwin muda (entry hot sekarang)



Assalamualaikum u allz..
ok, cahaya-zulaikha da ada topic baru nak cite kat korang. selain cahaya-zulaikha dok bagi resepi kat korang.. kali ini, kita lari sikit dari topik makanan.. hehehe... entry kali ini adalah;;;;
jeng jeng jeng!!!!
kahwin muda!!! ha' apa pendapat korang? bagi cahaya-zulaikha kahwin muda ni banyak baik dan buruknya.. senang cite terletak kat diri sendri la..
(jangan salah faham tau dengan entry kali ini, cahaya-zulaikha belum kahwin lagi.. bujang trang tang tang lagi u allz.. bakal jer.. heheheh )

contoh gambar kat atas ni, bukan apa cahaya-zulaikha cukup suka dengan farah lee ni.. walaupun belajar jauh dari malaysia tapi masih mengamalkan adat-adat zaman dulu yang bercinta selepas kahwin.. cahaya-zulaikha memang respect dengan sikapnya. lebih membanggakan lagi, dia menamatkan zaman bujang waktu belajar dan dalam usia yang sangat muda, sebaya pula dengan cahaya-zulaikha.(bajet korang nak tau umur cahaya-zulaikha, hehehe) 
jom kite tengok kebaikan kahwin muda,!!
1. Penuhi tuntutan agama
  • agama kita memamg manyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan bila kita sudah cukup syarat-syarat zahir dan batin. ianya adalah amalan sunnah untuk meningkatkan umat islam yang berkualiti di muka bumi ini. 
2. Mengelakkan daripada melakukan zina 
  • dengan perkahwinan, zina dan maksiat dapat dielakkan. pengurangan berlakunya kelahiran anak tidak sah taraf juga dapat dielakkan. dengan zaman sekarang, remaja yang banyak berdua-duaan, berpegangan tangan,. terikut-ikut dengan budaya barat. jadi bagaimana maksiat nak dielakkan, dari dosa kecil menjadi besar. 
3. Menjadi lebih bertanggungjawab
  • jika kita berkahwin, kita akan lebih bermotivasi dan tahu menjalankan tanggungjawab kita. boleh meningkatkan mutu kerja dan belajar dengan lebih baik. menguruskan rumah tangga dengan lebih sistematik.
kalau nak diikutkan terlalu banyak kelebihan yang ada dengan perkahwinan. xdapat lah cahaya-zulaikha nak senaraikan. segala apa yang kita lakukan dengan pasangan kita yang sah akan mendapat pahala. berpeluk, bersetubuh, bercium, merenung, merajuk dan memujuk, kenyit mata sekalipun, malahan bermanja juga akan mendapat pahala. alangkah bertuahnya.. 

Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. "

entry ni bukanlah nak menyuruh semua berkahwin. kita tengok jugalah kemampuan diri kita. dari pelbagai aspek. jangan ikutkan nafsu semata-mata. restu ibu bapa juga sangat diperlukan. janganlah kita mengabaikan mereka. dari kecil sampai besar banyak dah duit mereka habis untuk membesarkan kita. jadi nasihat cahaya-zulaikha kat u allz. macam mana pun, bagaimanapun, apapun. jika anda nak kahwin, dah kahwin, pada usia muda, ibu bapa jangan dilupakan. mereka tetap ibu bapa kita sampai bila-bila.
ok u allz.. da!!!!

p/s: untuk sahabat ku yang bakal berkahwin bulan 5 ni. "selamat pengantin baru, mai"


Wednesday, 4 April 2012

RESEPI LAMB CHOP



OK, hari ini cahaya zulaikha nak kongsikan resepi lamb chop lak kat korang yang suka makanan western2 ni. senang je. bahan2 nya pun murah, lagi berbaloi dari makan kat restoran. ni pun cahaya-zulaikha dapat dari sumber google juga. hehehehhee.... 
korang boleh beli lamb tu kat hypermarket2 yang ade jer. cahaya-zulaikha beli kat tesco jer, kat bahagian makanan frozen. terpulang la nak guna lamb ker ayam ker, macam adik cahaya-zulaikha xmakan daging, jadi cahaya-zulaikha guna ayam,. xkesah, ikut selere & mana yang sedap dgn citarasa anda semua.. huhuhu..
ok, sebelum cahaya-zulaikha membebel lebih pnjg, mari cahaya-zulaikha senaraikan bahan2 & cara masaknya.. let's go u allz..

Mula2, u allz bbq kan la lamb chop 2, cahaya-zulaikha cuma masakkan lamb chop 2 kat atas kuali non-stick jer, letak sikit bbq sos (sikit jer tau untuk bagi rasa kat lamb 2 jer), sapu2 kan jer kat atas lamb chop 2 masa tengah masak. pas2 tunggu sampai masak. ok, sekarang untuk kuah lamb chop lak.. 

Bahan-bahan untuk kuah:
  1. 2 sudu besar butter
  2. 1 1/2 sudu tepung gandum
  3. 1 biji bawang besar (dipotong dadu & digoreng sehingga layu)
  4. 1 biji tomato di potong dadu
  5. 1 1/2 cawan air*
  6. 100ml susu cair*
  7. 3 sudu sos tomato*
  8. 3 sudu sos tiram*
  9. 2 sudu kicap manis*
  10. 2 sudu lada hitam*
  11. 1 cube ayam*
  12. 1 sudu gula*
  13. Cendawan Butang
  14. Tepung Jagung (agak2 korang kalau nak pekat, kalau da pekat, xpayah isi)
Cara-cara: (cahaya-zulaikha bagi cara2 istilah matematik tau, kalau ada yang xpaham tgglkn komen anda ok)
  1. 1 cairkan, + 2. goreng sampai coklat2 manja
  2. + 3 + 4 +13
  3. bila da layu2 manja, masukkan semua yang bertanda (*) (+5 +6 +7 +8 +9 +10 +11 +12)
  4. yang terakhir, +14, kalau kuah xpekat.
  5. settle, curahkan kuah kat atas lamb chop,

oh, sebelum cahaya-zulaikha lupa, korang goreng la french fries @pun kentang goreng & letaklah sikit kat pinggan korang 2 kacang panggang dalam tin untuk nampak macam lamb chop kat restoran sikit. heheheh

SELAMAT MENJAMU SELERA U ALLZ!!!!