Monday 18 June 2012

Mas Kahwin di Malaysia


As salam u allzz....

hai kawan2 semua.. hari ini cahaya-zulaikha nak cerita pasal mas kahwin kat korang. lagi2, pada siapa yang nak kahwin ni, mesti nak tau kan anggaran mas kahwin yang patut korang bagi pada bakal isteri korang. tapi ianya mestilah atas persetujuan dari pihak perempuan. bukan suka-suka pihak lelaki tau. tapi pada perempuan, jangan jadikan hak anda ini sebagai beban kepada lelaki. cukuplah bersesuaian dengan kemampuan pihak lelaki tersebut. okay kengkawan.. hehehe.. (pandai2 jer kan, macam dah kahwin je cahaya-zulaikha ni.)

sebelum cahaya-zulaikha bagitahu kawan2 berapa mas kahwin setiap negeri kat malaysia ni, cahaya-zulaikha nak terangkan dulu, apa itu mas kahwin. sabar tau.. baca satu2, penting tau!!!

Mas kahwin @ mahar ialah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya atas sebab perkahwinan. 

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka." (Surah An-Nissa' - Ayat 4)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
" carilah untuk dijadikan mas kahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi." (Riwayat Bukhari)

Wajib Mas kahwin:
1. Apabila mas kahwin itu telah ditetapkan oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki, dan pihak lelaki bersetuju untuk menunaikan mas kahwin tersebut. sekiranya pihak lelaki tidak melunaskan mas kahwinnya, si isteri boleh menghalang si suami untuk menyetubuhinya sehingga selesainya mas kahwin yang telah dijanjikan. (ha' lelaki semua wajib tau bayar mas kahwin, nanti rugi u allz.. so langsaikan masa akad nikah lagi,.. yang senang korang.. hehehhe.. terasa gatal pulak.. hahahah)

2. disebabkan penentuan kadar yang tidak dipersetujui kedua belah pihak pengantin dan menyebabkan perbalahan. apabila kadi menetapkan nilai yang perlu dijadikan mas kahwin, pihak lelaki tidak boleh berhutang dan wajib ditunaikan terus selepas akad nikah. (kan cahaya-zulaikha dah bagitahu awal2 tadi, mas kahwin ni perlulah ada persetujuan kedua2 belah pihak, barulah senang kerja.. hehehe..)

okay2, tahu dah kawan2 tak sabar nak tahu nilai mas kahwinnya berapa,.. yer, cahaya-zulaikha bagitahu.. (geram ni.. huhuhu)


NEGERI
JANDA
ANAK DARA
JOHOR
RM 22.50
RM 22.50
MELAKA
RM 40
RM 40
NEGERI SEMBILAN
RM 24
RM 48
SELANGOR
RM 300
RM 300
KUALA LUMPUR
RM 40
RM 80
PERAK
RM 101
RM 101
PULAU PINANG
RM 24
RM 24
KEDAH
TIDAK DITETAPKAN
TIDAK DITETAPKAN
PERLIS
TIDAK DITETAPKAN
TIDAK DITETAPKAN
PAHANG
RM 22.50
RM 22.50
TERENGGANU
TIDAK DITETAPKAN
TIDAK DITETAPKAN
KELANTAN
TIDAK DITETAPKAN
TIDAK DITETAPKAN
SABAH
RM 80
RM 100
SARAWAK
RM 120
RM 120
LABUAN
RM 80
RM 80

itulah nilai2 nya.. untung lelaki kat johor dengan pahang,, murah cikit mas kahwinnya... huhhu.. cahaya-zulaikha pula tinggal di johor, asal di pahang.. nilainya sama.. (huahuahuahua, xpelah, nanti minta hantaran mahal cikit.. hehehhe.. jahatkan.. gurau jer..)
tapi bagi yang kat selangor tu, perempuan lah paling untung.. banyak tau RM 300 tu.. huhu... (nak pindah selangor lah.. heheheh) tapi tak silap cahaya-zulaikha masa ambil kursus kahwin kat selangor dulu, selangor tak boleh bagi hantaran berupa wang tunai, jika nak bagi juga ianya akan menjadi nilai mas kahwin, sebab tu ada mas kahwin sampai ribu2 tu.. sampai terbelit lah nak sebut masa akad nikah, yang siap ada sen2 lagikan.. hehehe...
tetapi macam mana pun, ikut kemampuan tau, jangan membebankan diri sendiri dan juga pasangan anda, yang nak hidup bersama pun korang juga, so berpada2 ok... 
ok itu ajer untuk arini,, still nantikan resepi CUPCAKES tau.. saja buat korang tunggu2.. hehehhe.. bye u alllzzz.....

No comments:

Post a Comment