Assalamualaikum u allz..
ok, cahaya-zulaikha da ada topic baru nak cite kat korang. selain cahaya-zulaikha dok bagi resepi kat korang.. kali ini, kita lari sikit dari topik makanan.. hehehe... entry kali ini adalah;;;;
jeng jeng jeng!!!!
kahwin muda!!! ha' apa pendapat korang? bagi cahaya-zulaikha kahwin muda ni banyak baik dan buruknya.. senang cite terletak kat diri sendri la..
(jangan salah faham tau dengan entry kali ini, cahaya-zulaikha belum kahwin lagi.. bujang trang tang tang lagi u allz.. bakal jer.. heheheh )
contoh gambar kat atas ni, bukan apa cahaya-zulaikha cukup suka dengan farah lee ni.. walaupun belajar jauh dari malaysia tapi masih mengamalkan adat-adat zaman dulu yang bercinta selepas kahwin.. cahaya-zulaikha memang respect dengan sikapnya. lebih membanggakan lagi, dia menamatkan zaman bujang waktu belajar dan dalam usia yang sangat muda, sebaya pula dengan cahaya-zulaikha.(bajet korang nak tau umur cahaya-zulaikha, hehehe)
jom kite tengok kebaikan kahwin muda,!!
1. Penuhi tuntutan agama
- agama kita memamg manyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan bila kita sudah cukup syarat-syarat zahir dan batin. ianya adalah amalan sunnah untuk meningkatkan umat islam yang berkualiti di muka bumi ini.
2. Mengelakkan daripada melakukan zina
- dengan perkahwinan, zina dan maksiat dapat dielakkan. pengurangan berlakunya kelahiran anak tidak sah taraf juga dapat dielakkan. dengan zaman sekarang, remaja yang banyak berdua-duaan, berpegangan tangan,. terikut-ikut dengan budaya barat. jadi bagaimana maksiat nak dielakkan, dari dosa kecil menjadi besar.
3. Menjadi lebih bertanggungjawab
- jika kita berkahwin, kita akan lebih bermotivasi dan tahu menjalankan tanggungjawab kita. boleh meningkatkan mutu kerja dan belajar dengan lebih baik. menguruskan rumah tangga dengan lebih sistematik.
kalau nak diikutkan terlalu banyak kelebihan yang ada dengan perkahwinan. xdapat lah cahaya-zulaikha nak senaraikan. segala apa yang kita lakukan dengan pasangan kita yang sah akan mendapat pahala. berpeluk, bersetubuh, bercium, merenung, merajuk dan memujuk, kenyit mata sekalipun, malahan bermanja juga akan mendapat pahala. alangkah bertuahnya..
Rasulullah bersabda : " Barang siapa diantara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangis lah syaitan. Dan ia (syaitan) mengeluh : Aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku. "
entry ni bukanlah nak menyuruh semua berkahwin. kita tengok jugalah kemampuan diri kita. dari pelbagai aspek. jangan ikutkan nafsu semata-mata. restu ibu bapa juga sangat diperlukan. janganlah kita mengabaikan mereka. dari kecil sampai besar banyak dah duit mereka habis untuk membesarkan kita. jadi nasihat cahaya-zulaikha kat u allz. macam mana pun, bagaimanapun, apapun. jika anda nak kahwin, dah kahwin, pada usia muda, ibu bapa jangan dilupakan. mereka tetap ibu bapa kita sampai bila-bila.
ok u allz.. da!!!!
p/s: untuk sahabat ku yang bakal berkahwin bulan 5 ni. "selamat pengantin baru, mai"
As salam Cahaya Zulaikha,
ReplyDeleteSeronok baca entry ttg kahwin muda ni... Semmgnya dituntut oleh agama... Lengkap agama bila kita berkahwin kan.. Salam perkenalan :)
Hi! Follow here & kindly hit me back :)
ReplyDeletewaalaikummussalam marya yusof.. btol 2.. slain lgkp.. mksiat juga dpt dielakkan.. bkn mksiat dr segi zina.. brmcm2 dosa lg.. salam perkenalan juge..
ReplyDeletelupa cahaya-zulaikha nk tglkn pesan.. cahaya-zulaikha belum lagi berkahwin tau.. jangan salah faham.. hihi...
ReplyDeletecahaya zulaikha nk kawin muda kew???bgus xkn ditentang sesiape..heheeheh lalalala~~~
ReplyDeletehaha.. ngde sangat achik kn..
ReplyDeletesalam pekenalan cahaye zulaikha,,:)..hihihi
Delete